Jawatankuasa ditubuh bincang projek Forest City ke atas pemilikan hartanah warga asing

Jawatankuasa ditubuh bincang projek Forest City ke atas pemilikan hartanah warga asing

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata satu jawatankuasa bagi menyemak, mengenalpasti dan menilai perjanjian penjualan unit kediaman di dalam Projek Forest City, Johor.

Zuraida berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan kementeriannya bersama kementerian kewangan, kerajaan negeri dan syarikat pemaju untuk membentuk jawatankuasa tersebut susulan larangan penjualan unit kediaman kepada warga asing.

“Kenyataan perdana menteri bahawa orang asing tidak boleh membeli unit di Forest City di Johor masih belum diperakukan secara dasar.

“Larangan untuk menjual unit kediaman itu akan kita perhalusi dan akan memanggil pihak berkaitan untuk bermesyuarat dan berbincang mengenai arahan tersebut,” ujarnya pada sidang media selepas Mesuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) di kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Beliau memberitahu agar pemaju menghubungi kementeriannya secara bertulis untuk menjelaskan perisytiharan Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Zuraida menambah bahawa sebarang ketetapan mesti melibatkan Kementerian Kewangan dan kerajaan Johor.

“Pada masa ini, masih belum dapat diputuskan jika mereka boleh menjual harta kepada orang asing.Kita mesti menilai (keadaan) dan kemudian memberikan laporan kepada perdana menter.” ujarnya.

Zuraida berkata beliau masih belum bertemu dengan pemaju projek, Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV), sambil menambah ia akan menjadi lebih mudah, sekiranya pemaju menghubungi kementeriannya untuk melihat syarat-syarat jualan unit Forest City kepada warga asing.

Semasa sidang media di Kuala Lumpur semalam, Dr Mahathir dipetik berkata, kerajaan akan menghalang warga asing membeli hartanah di Forest City.

Bagaimanapun Country Garden Pacificview Sdn Bhd (Country Garden) pula mendakwa kenyataan perdana menteri yang dilaporkan media berhubung projek itu bertentangan dengan hasil pertemuan Dr Mahathir dengan syarikat itu.

Pemaju mengatakan ia mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan tempatan yang berkaitan dengan jualan hartanah kepada pembeli asing.

Pada masa ini, warga asing terhad dibenarkan  membeli hartanah berharga RM1juta dan ke atas.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS