Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Jawatankuasa khas pantau pergerakan Baht, kata PM Thailand

Jawatankuasa khas pantau pergerakan Baht, kata PM Thailand

BernamaJanuary 3, 2020 7:03 am




Satu jawatankuasa khas akan memantau secara teliti pergerakan baht selepas ia melonjak ke paras tertinggi berbanding dolar US dalam tempoh enam tahun pada Isnin lepas namun susut hari ini berikutan pemulihan mudah tunai pasaran.

Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh Kementerian Kewangan, Bank of Thailand (BoT) dan Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Sosial Kebangsaan (NESDB).

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di sini hari ini, beliau berkata jawatankuasa terbabit akan turut mengenal pasti kaedah bagi memperlahankan peningkatan mata wang berkenaan.

Isnin lepas, baht mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam tahun pada 29.88 berbanding dolar US tetapi susut ke paras 30.18 pada awal pagi ini iaitu lebih lemah daripada nilai purata 30.12 baht berbanding dolar US.

Pasaran ditutup pada Selasa dan Rabu bersempena cuti umum Tahun Baru.

Sementara itu, BoT yang juga bank pusat negara itu berkata baht lemah pada hari ini berikutan peningkatan semula mudah tunai pasaran.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Gabenornya, Vachira Arromdee berkata baht juga diunjur kekal tidak menentu selagi pasaran melaksanakan pelarasan.

Berikutan itu, bank pusat tersebut akan turut memantau pergerakan baht secara teliti.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Kenyataan Hadi sahkan kerajaan hari ini tidak ada majoriti

‘Umno Sdn Bhd’ lawan ‘penjual Umno kepada diktator’

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Kasihan, apa jadi kepada mereka yang tiada gajet?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production