Jawatankuasa penyelaras parlimen PH dibentuk

Sidang media seusai mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan.

Jawatankuasa penyelaras parlimen Pakatan Harapan (PH) akan ditubuhkan di 100 kawasan parlimen yang sudah menyelesaikan rundingan kerusi membabitkan empat parti gabungan itu bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU).

Pengerusi Majlis Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah berkata, rundingan kerusi kini masuk ke fasa kedua iaitu fasa rundingan di peringkat negeri.

“Semua rundingan kerusi parlimen akan selesai hujung bulan ini. Satu jawatankuas penyelaras parlimen PH akan ditubuhkan membabitkan 100 kawasan Parlimen.

“Ia meliputi rundingan kerusi PH yang sudah se”Semua rundingan kerusi parlimen akan selesai hujung bulan ini. Satu jawatankuas penyelaras parlimen PH akan ditubuhkan membabitkan 100 kawasan Parlimen.lesai dilakukan di setiap negeri,” ujarnya selepas menghadiri mesyuarat mingguan Majlis Sekretariat PH di Wisma Amanah Negara, 5 September lalu.

Jelas Saifuddin lagi, PH memberikan tumpuan kepada rundingan kerusi berdasarkan parti dan bukan calon yang bertanding serta tidak menolak kemunculan muka baru bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Kita hendak masuk PRU sudah tentu hendak menang. Kita kena praktikal, kita sudah lihat semua faktor, kerusi yang kita tandingi ada peluang untuk kita menang,” ujarnya.

PH turut mengumumkan tidak menjalinkan kerjasama dengan Pas sebaliknya akan meletakkan calon bertanding di 222 kerusi Parlimen termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau turut menganggap kerusi di Sabah dan Sarawak lebih unik dan mencabar berbanding di Selangor.

“Yang unik bukan di Selangor, tetapi Sabah dan Sarawak. Kerusi Selangor sama sahaja seperti negeri lain,” katanya menjawab soalan media mengenai kedudukan kerusi PH di Selangor.

CATEGORIES
TAGS