Malaysia Dateline

Jawatankuasa Pilihan Khas kaji mekanisme lantik jawatan utama

Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) untuk Melantik Jawatan Utama Perkhidmatan Awam sedang mengkaji mekanisme terbaik untuk menjalankan fungsi dan peranan yang lebih jelas dalam proses melantik jawatan utama.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong berkata jawatankuasa itu mendapati proses-proses melantik jawatan utama dalam perkhidmatan awam ini adalah unik dan berbeza bagi setiap jawatan dan agensi.

“Jawatankuasa Pilihan Khas ini telah bermesyuarat sebanyak enam kali bagi menjalankan fungsi-fungsinya dan menetapkan rangka kerja sepanjang tahun berdasarkan terma rujukan yang ditetapkan,” katanya di Dewan Rakyat berkenaan pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Latheefa Koya.- BERNAMA