Malaysia Dateline

JBPM Sarawak sahkan 9 ribu ekar tanah terbakar direkodkan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Negeri Sarawak mengesahkan hampir 9 ribu ekar tanah musnah terbakar direkodkan di seluruh Sarawak tahun ini.

Pengarahnya, Khirudin [email protected] berkata, kawasan tanah yang terbakar itu adalah di Miri dan Sri Aman sekali gus menyumbang fenomena jerebu di negeri ini.

Di samping itu, jelas beliau kemusnahan kebakaran tersebut kebanyakan berlaku di kawasan semak samun dan tanah pertanian.

“Pembakaran itu adalah baik dari sudut ekonomi iaitu tanah akan menjadi subur terutama untuk tanaman padi bukit.

“Tetapi dari segi kemusnahan yang agak kritikal ialah akibat daripada pembakaran terbuka yang tidak terkawal semasa cuaca panas hingga menyebabkan pembaziran tenaga dan masa dikalangan anggota bomba.

“JBPM memadam api yang diwujudkan oleh manusia itu sendiri semasa musim cuaca panas. ini satu kerja yang bodoh lah”,ujarnya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan JBPM di Kuching semalam.

Beliau menambah , JBPM sudah beberapa kali memberi amaran dan teguran supaya tidak membuat sebarang aktiviti pembakaran terbuka ketika musim panas dan jerebu.

Namun katanya lagi, sekiranya pihak berkenaan atau pemilik tanah ingin membuat pembakaran terbuka ia hendaklah melalui proses yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Khirudin turut memberitahu bahawa pihaknya telah membuat analisa dan akan membawa perkara terbabit ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dari segi penguatkuasaan.

“Sebagai contoh pada tahun depan, setiap kebakaran yang berpunca daripada kecuaian atau kelalaian pemilik tanah, kita minta mereka bayar, “tegasnya.
Attachments area