Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
JDT perlu kalahkan Melaka untuk sahkan juara Liga Super

JDT perlu kalahkan Melaka untuk sahkan juara Liga Super

BernamaJune 26, 2019 7:00 am




Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini hanya perlu mencatatkan kemenangan ke atas Melaka dalam perlawanan esok, untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super yang keenam berturut-turut.

Ia berikutan kekalahan pencabar terdekat, Pahang yang dibenam 2-5 oleh Selangor di Stadium Shah Alam malam ini, yang menyaksikan skuad Tok Gajah dengan 30 mata ketinggalan 13 mata di belakang JDT, dengan baki lima perlawanan.

JDT kini berada di puncak carta dengan mengutip 43 mata selepas mengharungi 17 perlawanan dan seandainya skuad Harimau Selatan meraih tiga mata di Stadium Hang Jebat, ia sudah cukup untuk pasukan itu menjulang kejuaraan dengan kelebihan 16 mata kerana skuad kendalian Dollah Salleh hanya boleh meraih 15 mata maksimum dalam baki lima lagi perlawanan.

Pada aksi malam ini, pasukan tuan rumah, Selangor bermula garang apabila membuka jaringan menerusi Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-29, sebelum pemain import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun menambah dua gol pada minit ke-35 dan ke-42.

Hanya seminit selepas babak kedua bermula, pemain import dari Brazil, Endrick dos Santos Parafita menambah derita buat Pahang, sebelum R Kogileswaran mengurangkan defisit menerusi sepakan kencang dari luar kotak penalti.

Pahang terus kejar menerusi gol kedua daripada tandukan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh pada minit ke-76, namun skuad Gergasi Merah itu menamatkan kemenangan bergaya itu menerusi Ifedayo yang melengkapkan hatrik lima minit sebelum tamat perlawanan.

Sementara itu, Perak berjaya melonjak ke tempat keempat selepas menewaskan pasukan tercorot liga, Felda United 3-2 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Skuad ‘The Bos Gaurus’ membuka jaringan menerusi pemain import dari Brazil, Ronaldo Henrique Silva pada minit ke-22, sebelum K Partiban (33’) dan Raianderson Da Costa (53’) menggandakan jaringan.

Felda United yang bergelut di zon penyingkiran, cuba bangkit menerusi jaringan lewat Muhammad Hadin Azman (80′) dan Kei Ikeda (82′), namun Perak mengemaskan pertahanan untuk mengelakkan skuad ‘The Settlers’ mencuri mata.

PKNP FC pula menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengikat PKNS FC 2-2 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

PKNS FC meraih jaringan menerusi R Surendran pada minit ke-34 dan sepakan penalti Kpah Sean Sherman (83’), manakala gol pasukan tuan rumah pula dijaringkan oleh Mohamad Hafiz Ramdan (48’) dan Giancarlo Lopes Rodrigues (76’).

PKNS FC dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain gantian PKNP FC, Muhammad Ibni Khozaimi menjatuhkan P Gunalan di dalam kotak penalti pada minit ke-82.

Pada aksi Liga Premier, JDT II berjaya melonjak ke persada carta selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Muhammad Ramadhan Saifullah Usman dan penyerang import dari Lebanon, Mohamad Ghaddar masing-masing menyumbat gol pada minit ke-46 dan ke-58 untuk mengesahkan tiga mata penuh.

Terdahulu pada aksi petang, Polis Diraja Malaysia mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Selangor United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production