Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Jejantas 45 tahun icon P. Pinang perlu dirobohkan, kata Exco
Jejantas pejalan kaki yang dirempuh treler berdekatan terminal feri Pengkalan Raja Tun Uda.

Jejantas 45 tahun icon P. Pinang perlu dirobohkan, kata Exco

MOHD ALI HASHIMFebruary 7, 2020 7:04 am




Jejantas pejalan kaki berdekatan dengan Pengkalan Raja Tun Uda yang juga merupakan ikon Pulau Pinang sejak 45 tahun yang lalu terpaksa dirobohkan setelah ia dirempuh oleh treler dalam kejadian pada Rabu.

Tindakan merobohkan jejantas bersejarah tersebut terpaksa dilaksanakan kerana ia tidak lagi selamat untuk digunakan oleh pejalan kaki.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo.

Menurut beliau lagi, siasatan akan dijalankan, manakala mereka yang menyebabkan berlakunya insiden tersebut akan dibawa ke muka pengadilan.

“Insiden tersebut sehingga menyebabkan jejantas pejalan kaki menjadi tidak selamat digunakan tidak pernah diduga akan berlaku.

” Sedangkan jejantas tersebut adalah sejarah bagi negeri ini

“Walau bagaimana pun kerajaan negeri akan melihat semula dan mempunyai perancangan yang lain bagi kawasan Weld Quay, ” jelasnya.

Sementara itu Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ar Yew Tung Seang pula berkata, dengan kejadian tersebut Pulau Pinang telah kehilangan monuman bersejarah.

Namun begitu katanya, siasatan mengenai kejadian treler yang merempuh jambatan tersebut sedang dijalankan.

“Jambatan yang menjadi sejarah tersebut akan dirobohkan, manakala MBPP akan mengambil tindakan segera bagi membina lintasan pejalan kaki.

“Ia juga sebagai salah satu alternatif bagi memudahkan pejalan kaki melintas jalan ke terminal feri dan sebaliknya.

“Laporan polis telah pun dibuat oleh MBPP bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap mereka yang terlibat sehingga merempuh jambatan bersejarah tersebut, ” tegasnya.

Jejantas bersejarah tersebut yang merupakan jejantas pejalan kaki telah pun dibina pada tahun 1975.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Covid-19: Lagi 3,306 kes baharu, 38,791 kes aktif

Isu kartel daging: SPRM tahan reman 8 suspek, panggil 27 saksi

Muhyiddin anggap impak PKP terhadap ekonomi masih terkawal

Covid-19 hampir setahun tapi Menteri Pendidikan masih buat kenyataan saat akhir

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production