Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Jelajah Harapan mula tunjuk bunga-bunga sokongan, kata Mahfuz

Jelajah Harapan mula tunjuk bunga-bunga sokongan, kata Mahfuz

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONMarch 11, 2020 6:52 am




Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar, meyakini bahawa Program Jelajah Harapan yang semakin aktif bergerak kini bakal merancakkan kembali peluang Pakatan Harapan (PH) untuk meraih sokongan rakyat.

Menurutnya, usaha yang digerakkan semakin menampakkan ‘bunga-bunga’ sokongan masyarakat kepada PH sekali gus menolak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang merampas mandat rakyat.

Malah katanya, beberapa siri program jelajah yang kebanyakannya disiarkan secara live, berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk menyedari situasi sebenar kejatuhan PH.

“Kita akan terus menggerakkan usaha melalui PH untuk memperkukuhkan parti. Kita akan gerakkan mobilisasi untuk kesedaran masyarakat dan rakyat dalam negara terhadap isu yang berlaku.

“Kami lihat usaha ini dah mula menunjukkan bunga-bunga sokongan.

“Masyarakat sebenarnya sudah tidak dapat menerima pengkhianatan yang dilakukan PN terhadap mandat yang sebenarnya diberikan kepada PH,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Terdahulu, Jelajah Harapan berjaya dilaksanakan di beberapa kawasan termasuk Taman Sri Andalas, Kota Raja; Pejabat PKR Negeri Melaka, di Durian Tunggal; dan yang terbaru adalah program Pertahan Mandat Rakyat di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sementara itu katanya, jumlah kehadiran ahli parti dan juga penonton PH semakin memberangsangkan di mana ianya berbeza sewaktu PH sebagai kerajaan.

“Kita dapat lihat sokongan mereka melalui komen dan views yang disiarkan, termasuk kehadiran penyokong yang membanjiri kawasan program.

“Kalau dulu kita tak akan dapat sebanyak itu dari orang yang mengikuti siaran langsung di Fb. Tetapi hari ini, siaran kita meningkat sehingga melebihi 30 ribu tontonan ketika Jelajah di Taman Sri Andalas, Kota Raja,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan baru sahaja bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama kepimpinan AMANAH yang lain.

Dalam pertemuan tersebut, turut dihadiri beberapa bekas menteri AMANAH iaitu Presidennya, Mohamad Sabu; Timbalan Presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Naib Presiden, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Datuk Dr Husam Musa.

Jelasnya, dalam pertemuan selama satu jam itu, mereka membincangkan untuk sepakat dalam menggerakkan usaha menyelamatkan negara.

“Apabila sekali lagi kita menyaksikan kerajaan didominasi oleh parti kleptokrat Umno-BN, maka sekali lagi kami terpanggil untuk menggerakkan usaha menyelamatkan Malaysia ini,” jelasnya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production