Jelajah Semarak dekati pengundi bermula di Pasir Putih 14 April

Jelajah Semarak dekati pengundi bermula di Pasir Putih 14 April

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menganjurkan program Jelajah Semarak di seluruh negara yang akan dilancarkan di Pasir Putih pada 14 April ini.

Ketua Penerangan Datuk Kamarudin Md Nor berkata, Semarak adalah program yang disusun oleh Bersatu untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada rakyat mengenai penyelewengan dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

“Program disusun untuk memberi maklumat dan kesedaran rakyat tentang penyelewengan BN dalam pelbagai bidang dan juga menyakinkan rakyat tentang kemampuan PPBM dan Pakatan Harapan untuk mentadbir urus negara jika diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” ujarnya dalam sidang media diadakan semalam di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Kamarudin yang juga Pengerusi Negeri Kelantan berkata, tujuan jelajah Semarak ini diharapkan dapat mendekatkan pimpinan parti di peringkat pusat dan negeri terlibat secara lansung dengan pengundi.

“Semua rakyat dijemput hadir dan turut serta dalam program jelajah Semarak ini untuk dapat informasi terkini daripada pimpinan parti.

“Diharapkan mereka dapat buat keputusan objektif sikap mereka dalam PRU akan datang,” ujarnya.

Dalam program pelancaran itu kelak akan turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan tertinggi parti itu.

`Semarak’ adalah singkatan daripada ‘Selamat Malaysia,Selamat Rakyat’.

Presiden Tan Sri Muhyidin Yassin dijangka akan melancarkan Semarak di Pasir Putih.

Selepas dilancarkan di Pasir Putih, jelajah Semarak akan meneruskan siri programnya ke Muar 28 April; Setiawangsa (1 Mei);Jelebu (4 Mei); Tanjong Piai (5 Mei);Kuala Selangor (10 Mei); Kubang Pasu (12 Mei); Kepala Batas (13 Mei);Temerloh (19 Mei);Kemaman (20Mei) dan; Arau 24 Mei.

Kamaruddin menambah parti itu turut akan mengadakan program khusus pada bulan Ramadan (Mei-Jun) ini yang akan diumumkan kelak.

TAGS