Malaysia Dateline

Jeli-Gerik laluan maut, sedih sampai sekarang tak ada lebuhraya. Malulah sikit dengan Thailand!

Jalan raya Jeli-Grik yang menjadi laluan utama pengguna daripada Kelantan ke Kedah disifatkan laluan maut kerana sering berlaku kemalangan namun yang menyedihkan sehingga sekarang lebuhraya masih belum dibina.

Jalan yang sempit, ‘line’ putih tidak nampak apatah lagi pengguna laluan di situ sering diancam dengan kehadiran gajah liar yang menakutkan.

Terkini laluan itu telah mengundang kemalangan ngeri membabitkan lima ahli keluarga berikutan bertembung dengan sebuah pacuan empat roda.

Jeli-Gerik laluan maut, sampai sekarang tak ada lebuhraya. Malulah sikit dengan Thailand!
Jenazah lima sekeluarga terbabit kemalangan di Jeli-Gerik

Bagi aktivis Save Kelantan Hishamuddin Ghazali atau Syam Ghaz meminta kerajaan membina lebuh raya di jalan terbabit kerana sering berlaku kemalangan maut.

“Laluan Jeli – Gerik memang laluan maut, sampai sekarang tidak dibuat lebuhraya. Bila nak buat baru wahai Kerajaan pemerintah? Malu dekat Thailand lah!

“Ada Video saksi hidup lihat sendiri kemalangan kereta dengan 4×4 tu. Sedih lihat keadaan jalan yang line putih dah tak nampak.

“Kerajaan celaka asyik sibuk berebut kuasa, dapat kuasa masalah sekecil garisan putih di Jalan pun tidak boleh nak selesaikan.

“Belum masuk bab lampu jalan dan perlebaran jalan untuk laluan memotong lagi,” luah beliau.

Katanya sikap kerajaan seolah-olah nyawa rakyat tiada nilai.

Namun beliau menyifatkan mereka berlima yang meninggal di kemalangan di Gerik tu satu kerugian yang besar dalam industri animasi untuk kanak kanak di Malaysia.

Baca juga: Kanak-kanak 6 tahun maut kemalangan di Grik rupanya inspirasi siri animasi Oh Zara

Baca juga: Sanggup habiskan RM26.7 juta untuk tali pinggang kejuaraan milik Muhammad Ali