Jemaah masjid lambung bayi agar besar nanti jadi wali, silap-silap otak bayi bergegar, boleh mati

Oleh NASUHA RAHMAN

Tular satu video menunjukkan jemaah masjid melambung seorang bayi dengan begitu tinggi sebagai usaha untuk bayi tersebut menjadi wali apabila dewasa kelak.

Tindakan melambung bayi dengan tinggi serta menyambutnya semula berkali-kali telah mendapat respons netizen yang nyata berang dengan perlakuan tersebut.

Terdahulu, sebuah video yang tular di Facebook Faris Bin Hassan Gadneh yang menyaksikan seorang bayi yang masih kecil dilambung dengan begitu tinggi mengelilingi ruangan kecil di masjid.

Menurut warga Facebook yang dikenali Kapten Asri Khalid bengang dengan tindakan jemaah itu kerana perbuatan melambung bayi adalah bahaya.

“Bukankah petunjuk Rasulullah itu yang terbaik. Amalan daripada sebelum dilahirkan hinggalah mati dan selepas kematian semuanya telah diajarkan oleh Rasulullah.

“Namun begitulah, sesuatu ‘amalan baharu yang diciptakan’ bukan sahaja memberi implikasi buruk terhadap agama seseorang, bahkan kebanyakkannya juga memberi implikasi buruk terhadap dunianya.

“Contohnya kepercayaan seperti ini. Melambung bayi dapat menjadikannya ‘wali’,” tulis beliau.

Jika begini perlakuan dan kepercayaannya, katanya anak bukan jadi wali, silap-silap boleh pendarahan otak dan mati.

Ini katanya punca kepada ‘Shaken baby syndrome’ di mana 1 daripada 4 bayi yang cedera boleh maut, kalau hidup pun cacat.

“Cukuplah cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah…

“Nanti cakap lebih-lebih dilabel ‘Wahabi’ pulak. Orang kita ada istilah “Benda baik, apa salahnya..” dan ” Takkanlah Tok Guru dulu-dulu buat tak betul…”katanya lagi.

Pandangan yang sama oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff menyifatkan tindakan itu jelas berbahaya pada otak bayi tersebut apatah lagi ia perkara bidaah yang dibuat di dalam Masjid.

“Moga Masyarakat kita tidak mudah taksub pada sesiapa sahaja, walaupun mereka ustaz atau imam masjid, jika bertentangan dengan Al quran dan As Sunnah perlu ditolak dan jangan dibiarkan begitu sahaja, ia akan merosakkan umat Islam” katanya.

Berlainan pula dengan warganet Don Luffy yang mengakui anak saudaranya pernah dilambung sebegitu namun hasilnya anak saudaranya tiada masalah gugup dan mempunyai keyakinan di tahap tertinggi.

“Ni cara orang dulu dulu…ada sebab orang Melayu dulu buat petua ni..anak sedara aku lagi extreme..lambung lagi kaww…

“Tapi hasilnya..anak sedara aku yang tu..dia takde masalah gugup..confident dia level tinggi..setakat jadi imam tu kacang…mungkin itu hasilnya.

“Adapun yang dibaca tu bukan mantra…tapi dodoi Melayu..bukankah kata-kata juga satu doa..bukan kepercayaan bila dibaca mantra tu akan jadi wali.

“Adoiii…susah jugak jadi Melayu yang tak tahu Melayu,” katanya.

Baca juga: Tidak sampai setahun, Gardenia naik harga roti lagi September ini

Baca juga: Dulu jual botol air, kali ini peminat Billie Eilish jual udara pula dengan harga RM48,000