Malaysia Dateline

Jemaah Menteri sebulat suara sokong Mahiaddin kekal sebagai PM

Ahli Jemaah Menteri membuat keputusan sebulat suara untuk memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sebagai Perdana Menteri.

Jemaah Menteri membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

Dalam satu kenyataan Jemaah Menteri memaklumkan setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

“Keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik COVID-19,” kata kenyataan itu.