Malaysia Dateline

Jemaah umrah diarah keluar dalam tempoh tiga hari

Pengendali ibadat umrah atau muassasah yang berada di Jeddah, Arab Saudi dilapor menerima arahan agar memastikan jemaah umrah keluar dari Makkah dalam tempoh tiga hari.

Arahan yang berkuatkuasa hari ini dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dinyatakan melalui pekeliling bernombor 14410709 dengan notis ‘top urgent’, lapor BH.

Semua jemaah yang berada di luar Makkah perlu ke kota itu untuk menyempurnakan ibadat umrah dan meninggalkan Arab Saudi dalam tempoh tiga hari iaitu sehingga 8 Mac.

Difahamkan kerajaan Arab Saudi masih menghentikan kegiatan umrah ekoran penularan wabak COVID-19.

Syarikat penerbangan, antaranya Saudi Airlines turut mengeluarkan notis penggantungan sementara sehingga bulan depan.