Jenazah bonda Sultan Johor selamat dimakamkan

Jenazah bonda Sultan Johor selamat dimakamkan

Jenazah bonda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar iaitu Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, sebentar tadi.

Almarhumah disemadikan sebaris dengan makam cucundanya, Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang mangkat pada 2015.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi keluarga diraja Johor dan hadirin ketika jenazah tiba di makam berkenaan pada 10.50 pagi.

Turut dilaporkan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong tiba di Istana Besar, Johor Bahru hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, bonda Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Menurut Kementerian Luar Singapura, Lee diiringi isterinya Ho Ching serta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang K. Shanmugam.

Jenazah Hajah Khalsom tiba dari London kira-kira 11 malam tadi dan akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah hari ini.

Hajah Khalsom, 83, atau nama asalnya Josephine Ruby Trevorrow dilahirkan pada 2 Dis 1935 di Cornwall, England.

Almarhumah mangkat pada 7.55 malam Jumaat lepas di Hospital King Edward VII lapor Bernama.

CATEGORIES