Malaysia Dateline

Allahyarham Rosli Ibrahim

Jenazah Datuk Rusli dikebumikan di Nilam Puri pagi ini

Jenazah Datuk Ahmad Rosli Ibrahim yang meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II Kota Bharu petang semalam akan dikebumikan di kampung Kukang, Perol dekat Nilam Puri jam 10 pagi ini.

Beliau yang pernah dipilih sebagai Adun Salor turut dilantik sebagai senator oleh kerajaan Kelantan sebelum menyertai Parti Amanah Negara baru baru ini.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II Kota Bharu petang semalam dipercayai komplikasi paru-paru.

Penyertaan beliau dalam Amanah agak kontroversi kerana pejabat Adun Salor adalah didirikan atas tanah miliknya.

Pertikaian antara Datuk Husam Musa dan Exco kerajaan, Datuk Nassurudin Daud berakhir bila beliau mengisytihar membenarkan Amanah menggunakan premis tersebut.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi hati (liver).