Jenazah disembahyang beramai-ramai bukan mangsa serangan di Christchurch, kata Azrul Mahathir

Jenazah disembahyang beramai-ramai bukan mangsa serangan di Christchurch, kata Azrul Mahathir

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz menafikan gambar yang tertular di laman sosial merupakan gambar jenazah mangsa tembakan di Christchurch, New Zealand.

Pegawai Perubatan di Hospital Christchurch, Mohamad Firdaus (tengah) bergambar bersama Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz (kiri) yang tiba untuk melihat keadaan mangsa tembakan rambang. Credit gambar: FB Mohamad Firdaus

Azrul dalam entri Faceebooknya mendakwa gambar dan berita yang tular itu merupakan berita palsu.

“Untuk maklumat, masih tiada jasad yang dibawa keluar daripada Hospital Christchurch,” tegas beliau.

Perkara ini turut dinafikan oleh Muslims in New Zealand dimana menerusi akaun rasmi Facebooknya menegaskan mereka belum lagi melakukan solat jenazah untuk mangsa-mangsa serangan.

Katanya gambar yang tersebar itu sememangnya palsu dan bukan dari New Zealand mahupun Christchurch sendiri.

“Tolong hentikan sesiapa yang menyebarkan gambar tersebut. Ini sungguh sedih kerana ia merupakan berita yang tidak sahih,” katanya.

Hari ini viral di laman sosial memperlihatkan gambar sekumpulan jemaah melakukan solat jenazah beramai-ramai, yang didakwa mangsa tembakan rambang yang berlaku di dua masjid di Christchurch, New Zealand.