Malaysia Dateline

Jenazah ibu Khalid dan Shahrir Samad selamat disemadikan

Jenazah ibu kepada Khalid dan Datuk Shahrir Samad, Rashidah Othman, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, petang ini.

Jenazah Alahyarhamah Rashidah, 94 tahun, di sembahyangkan di Masjid Kolej Islam Malaya (UIA) Petaling Jaya sebaik sahaja selesai solat zohor tadi dengan diimamkan oleh Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam sendiri.

Allahyarhamah Rashidah, ibu kepada lapan adik beradik meninggal dunia awal pagi tadi di rumahnya dekat Petaling Jaya kerana sakit tua.