Malaysia Dateline

Jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan

Jenazah anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim,24, selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Masjid Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah hari ini.

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib selesai dikebumikan pada pukul 1.50 petang dengan dihadiri kira-kira 1,000 ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk yang memberikan penghormatan terakhir.

Terdahulu jenazah yang tiba di Sekolah Kebangsaan Tebengau dengan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dibawa ke rumah ahli keluarganya di Kampung Tebengau Tepi Laut.

Jenazah kemudian disembahyangkan dengan diimamkan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang di masjid tersebut sebelum dikebumikan.

Muhammad Adib yang parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam satu kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi