Jenazah TS Abdullah Ahmad tiba 3.45 petang di kediamannya

Jenazah TS Abdullah Ahmad tiba 3.45 petang di kediamannya

Bekas Setiausaha Politik Tun Abdul Razak Hussein iaitu Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali Dollah Kok Lanas, 79, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini dipercayai akibat kanser.

Menurut isteri Allahyarham, Puan Seri Fauziah Mohamed Darus, suaminya meninggal dunia 1.15 tengah hari tadi di sisi beliau dan anak-anaknya.

Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang anak iaitu dua lelaki, Addha Amir, 47; dan Fuad, 42; serta seorang anak perempuan Didi, 45.

Jenazah Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad tiba di kediamannya di Jalan U-Thant, KL, 3.45 petang

COMMENTS

Wordpress (0)