Malaysia Dateline

Jeneral Iran cadang Zionis pulang ke tanahair mereka sebelum terlambat

Panglima Pasukan Pengawal Revolusi Islam, Pasukan Quds, Jeneral Ismail Qa’ani berkata, kaum Zionis harus meninggalkan wilayah Palestin yang dijajah dan membeli semula harta benda yang mereka pernah jual di Amerika, Eropah dan tempat-tempat lain sebelum terlambat.

“Saya menasihati semua kaum Zionis untuk kembali dan membeli semula rumah-rumah mereka yang dijual di Eropah, Amerika dan tempat lain setelah kedatangan Zionist ke negara Palestin (pada awal abad ke 19), sebelum rumah-rumah tersebut menjadi lebih mahal (pada hari ini),” kata ketua Pasukan Quds IRGC pada hari Sabtu sempena upacara yang diadakan untuk memperingati timbalannya yang mati dibunuh.

Menyoroti kemajuan pasukan perlawanan Palestin dalam perjuangan menentang rejim Israel baru-baru ini, komander itu mengatakan bahawa rakyat Palestin harus membuat perancangan untuk mentadbir seluruh Palestin di masa depan, kerana tentunya rejim Zionis harus bersiap-sedia untuk meninggalkan Palestin dan berpindah (berambus) ke Eropah.

Dia juga mengatakan bahawa pasukan Palestin telah membuat kemajuan besar dalam beberapa tahun terakhir sehingga mereka melancarkan peluru berpandu selama tiga hari pertama dalam pertempuran terakhir dengan rejim Zionis ketika jumlah peluru berpandu jatuh di wilayah yang ditakluki (Israel) selama 22 hari perang pada Disember 2008 dan Januari 2009.

Terbaru, lebih dari 3,000 peluru berpandu pejuang Hamas Palestin telah dilancarkan di wilayah-wilayah yang ditakluki semasa perang 12 hari terakhir dalam menentang rejim Israel, kata jeneral itu.

Dia menambah lagi bahawa serangan paling berat terhadap rejim Israel berlaku sebelum hari terakhir gencatan senjata dalam perang baru-baru ini.