Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Jenis kenderaan perlu dalam julat harga dan genre sama, elak bajet besar kerajaan

Jenis kenderaan perlu dalam julat harga dan genre sama, elak bajet besar kerajaan

AKMAL MANAFJanuary 6, 2020 10:00 am




Kenderaan yang berada dalam julat harga dan genre yang sama boleh dipilih sebagai kenderaan import lain yang sesuai untuk kegunaan kerajaan selain Toyota Vellfire dan Honda Accord.

Pengurus Pengarang (Managing Editor) Careta Media, Hezeri Samsuri, berkata, Toyota Vellfire dipilih untuk menggantikan kenderaan jenis Perdana Limosin yang diguna kerajaan.

Hezeri Samsuri

“Dalam julat harga yang sama (tanpa cukai), kita cuma mempunyai Volkswagen (VW) Passat, Mercedes C-Class dan BMW 3-Series, yang mana ia adalah jauh lebih kecil.

“Untuk Honda Accord, pesaing utamanya ialah Toyota Camry dan lain-lain sedan segmen D dari Jepun, termasuk Volkswagen (VW) Passat.

“Namun dari segi kos penyelenggaraan dan tahan lasak, kita semua sedia mengetahui jenama dari negara mana yang lebih terbukti.

“Tidak perlu lihat jauh, cuba lihat sahaja di Thailand, Indonesia dan negara-negara jiran yang lain, mereka menggunakan teksi dan kenderaan kerajaan (polis dan sebagainya) dari negara mana,” katanya.

Baca: Kos selenggara kereta tempatan

Ditanya megenai jangkaan harga bidaan bagi seunit kereta tersebut?

Melalui pengetahuan Hezeri, setiap pembida perlu membeli kenderaan daripada wakil pengedar tempatan sahaja.

Beliau berkata kerajaan perlu membeli dua jenama kenderaan itu dari UMW Toyota dan Honda Malaysia sahaja.

“Harga yang ditawarkan adalah harga tanpa cukai. Ini bermakna harga Toyota Vellfire itu mestilah dalam lingkungan julat harga Proton Perdana Limosine yang akan digantikan.

“Proton tidak lagi menghasilkan Perdana dan disebabkan itulah kerajaan terpaksa membeli kenderaan lain dengan harga yang lebih kurang sama.

“Kerajaan tidak membeli Mercedes Benz atau BMW bermaksud, kerajaan tidak mempunyai bajet yang besar.

“Harga Mercedes E-Class dan BMW 5-Series, walaupun tanpa cukai dan dipasang secara tempatan, adalah lebih tinggi daripada harga Toyota Vellfire,” katanya sambil menambah beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan harga bidaan yang ditawarkan.

Katanya lagi,  kenapa jenama Jepun menjadi pilihan  kerana beliau percaya ia menepati spesifikasi dan juga kos yang dipersetujui.

“Di dalam keadaan gawat sekarang, kos pemilikan sangat penting kerana ia memberikan nilai pembelian yang tinggi,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Sebagai rekod  pada 1 Januari lalu, media  melaporkan kerajaan masih belum membuat keputusan berhubung pemberian kontrak kenderaan mewah untuk kegunaan menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

Perkara itu akan hanya diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet akan datang, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila mesyuarat berkenaan akan diadakan.

“Itu (kontrak kenderaan mewah) nantilah.. kita berpandukan kepada (keputusan) Kabinet,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, kerajaan sedang dalam proses melantik sebuah syarikat untuk membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Janji niaga itu akan menyaksikan peruntukan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan.

 

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production