Jerebu: 26 lokasi tidak sihat, bacaan IPU Putrajaya cecah 173

Jerebu: 26 lokasi tidak sihat, bacaan IPU Putrajaya cecah 173

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan setakat jam 7 petang tadi telah meningkat kepada bacaan 173.

Mengikutt laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), berbanding pukul 6 pagi, bacaan IPU ketika itu adalah 135.

Status tersebut menjadikan Putrajaya antara 26 kawasan di Malaysia yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.

Bacaan udara sangat tidak sihat masih lagi hanya di Johan Setia, Klang di Selangor dengan IPU mencecah 249 berbanding 222 pada jam 2 petang.

Sementara itu, seluruh kawasan pantai timur Semenanjung mencatatkan bacaan IPU sederhana daripada 65 hingga 82.

Bacaan IPU kurang daripada 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh melakukan semakan bacaan IPU dengan melayari http://apims.doe.gov.my.