Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Jerman sahkan Trump cuba beli syarikat mengusahakan vaksin Covid-19

Jerman sahkan Trump cuba beli syarikat mengusahakan vaksin Covid-19

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 18, 2020 6:54 am




Pentadbiran Donald Trump menawarkan “sejumlah wang yang besar” untuk mendapatkan akses ekslusif terhadap vaksin Covid-19 yang sedang dibangunkan oleh syarikat German, menurut laporan media Jerman, Die Welt.

Menurut artikel berkenaan yang dipetik Politico.Eu Trump cuba memiliki syarikat CureVac yang berpengkalan di Tubingen – juga mempunyai cawangan di Frankfurt dan Boston – untuk memindahkan cawangan penyelidikannya ke Amerika Syarikat dan membangunkan vaksin “untuk AS sahaja”.

Melalui artikel berkenaan, jurucakap Kementerian Kesihatan Jerman dipetik sebagai berkata, pihaknya sedar tentang hasrat AS itu dan berkata, Berlin “sangat berminat untuk memastikan vaksin dan bahan aktif bagi menentang virus baru itu turut dibangunkan di Jerman dan Eropah.”

Ahad lalu, Menteri Kesihatan Jerman, memberitahu Reuters bahawa jurucakap kementeriannya dipetik sebagai berkata benar dalam artikel berkenaan, sekali gus mengesahkan bahawa Washington berusaha mengambil alih syarikat berkenaan.

Sumber kerajaan kini memberitahu, Berlin kini menawarkan insentif kewangan kepada CureVac supaya kekal di Jerman.

Duta AS ke Jerman, Richard Grenell bagaimanapun melalui Twitter memberitahu bahawa laporan Die Welt itu “tidak benar”.

Berita tersebut membangkitkan kemarahan ahli politik Jerman, sekali gus menuntut Berlin berbuat apa sahaja bagi melindungi syarikat yang membangunkan vaksin Covid-19 itu daripada dikuasai AS.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production