JHEV,UGAT digesa perjelas lewat bayar gratuiti kepada pesara tentera

JHEV,UGAT digesa perjelas lewat bayar gratuiti kepada pesara tentera
Nik Nazmi Ahmad

Nik Nazmi Nik Ahmad

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Jabatan Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) digesa memperjelaskan dakwaan wujudnya masalah pembayaran Bantuan Bakti Negara (BBN) yang diperkenalkan kerajaan kepada veteran tentera tidak berpencen.

Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pernah membangkitkan masalah kelewatan pembayaran gratuiti pesara tentera, sebaliknya mengundang kemarahan JHEV dan UGAT.

Namun dengan keluhan veteran sendiri menerusi laman facebook JHEV membuktikan kebenaran dakwaan Rafizi itu.

“Semakan ke laman Facebook Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), mendapati banyak aduan daripada orang ramai tentang kegagalan menerima BBN sebagaimana dijanjikan.

“Justeru kami ingin bertanya kepada JHEV, adakah benar wujud masalah pembayaran BBN bagi mereka yang telah menghantar borangnya secara lengkap?

“Jika benar, apakah sebabnya?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

 

Antara rungutan yang dipaparkan di facebook JHEV sebagaimana yang dikatakan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan ini berkata, sewajarnya veteran tentera yang telah berkorban demi negara tidak sewajarnya diberi layanan kurang memuaskan oleh kerajaan.

“Veteran-veteran tentera telah berkorban jiwa dan raga untuk negara kita.

“Sewajarnya, mereka diberi layanan yang baik oleh pentadbiran Najib, Hishamuddin dan Kerajaan Persekutuan.

“Jangan hanya permohonan yang indah-indah tetapi realitinya veteran masih merana,” ujarnya.

Justeru melalui Pemuda Pakatan Harapan menyeru semua veteran tentera yang sudah memohon dan belum menerima sebarang bayaran BBN untuk menghantar email kepada [email protected] atau whatsapp 012-29599457.

Sebagai rekod pada Julai lalu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan lima skim baharu bagi golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk bantuan tahunan untuk veteran tidak berpencen dan skim anuiti.

Najib mengumumkan inisiatif BBN yang akan dijadikan sebagai bantuan permulaan daripada kerajaan khas kepada veteran ATM tidak berpencen.

BBN adalah lanjutan daripada pengenalan skim kepada veteran ATM yang diperkenalkan pada 2013 iaitu Skim Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia.

Namun pada Disember lalu, Penolong Pengarah 1 Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Leftenan Komander Mohd Yazid Abu Bakar dalam kenyataan dipetik berkata, dianggarkan 30,000 veteran ATM tidak berpencen masih belum memohon BBN dan sebanyak 75,000 veteran ATM layak mendapat bantuan itu.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote