Jho Low: Harga jualan Equanimity terlalu rendah

Jho Low: Harga jualan Equanimity terlalu rendah

Ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho menghentam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) berhubung penjualan Equanimity, yang didakwa harga jualannya terlalu rendah.

Low, yang juga dikenali sebagai Jho Low, mendakwa kerajaan tidak memelihara kedaulatan undang-undang dalam menjual kapal layar super dan tidak memperoleh hasil jualan terbaik untuk kapal itu.

“Jualan secara tawar menawar digunapakai oleh kerajaan Mahathir untuk kapal pesiar Equanimity dimana ia merupakan bab terakhir dalam satu lagi kisah ketidakcekapan dan pelanggaran kedaulatan undang-undang.

“Ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua kali sementara mereka berjanji untuk menjual kapal layar itu, lelongan itu gagal dan proses penjualan ‘telus’ kerajaan Mahathir yang komited pada awalnya telah mengalami banyak perubahan mendadak – sebahagian besarnya dipaksa pemerintah melalui ketidakcekapan sendiri.

“Kerajaan Mahathir telah menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk membuang nilai Equanimity dalam serangan sasar terhadap lawan politik mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam oleh jurucakapnya, Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Strategik,Wells Haslem Mayhew, Benjamin Haslem.

Seperti dipetik The Star, Jho Low juga mengkritik pentadbiran PH kerana didakwa merampas kapal dari Indonesia dan mengikatnya dalam persekitaran yang tidak sesuai, yang menyumbang kepada penurunan nilai kapal layar itu.

“Mari kita jelaskan, jika kerajaan Mahathir tidak menyita Equanimity dari Indonesia dan mengikatnya di persekitaran yang berbahaya di Pelabuhan Klang, nilai kapal itu akan terus dapat dikekalkan.

“Perolehan daripada penjualan itu telah dikurangkan dengan perbelanjaan ke atas penyelenggaraan kapal itu – dilaporkan sejumlah AS $ 3.5 juta (RM14.3 juta).

“Inilah aksi PR yang gagal, dengan angkuhnya mengabaikan ketetapan mahkamah di Indonesia serta prosiding undang-undang di AS, “katanya.

The Equanimity, yang sebelum ini dimiliki oleh Jho Low, dibeli menggunakan dana yang didakwa dirompak dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).