Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Jho Low nafi jadi dalang 1MDB,  lapor media asing

Jho Low nafi jadi dalang 1MDB, lapor media asing

MALAYSIADATELINEJanuary 6, 2020 2:20 pm




Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mendakwa beliau hanya bertindak sebagai perantara untuk perjanjian melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi laporan dikeluarkan Reuters.

Kenyataan itu, sekali gus menafikan tuduhan beliau merancang untuk melarikan berbilion dolar Amerika Syarikat (AS) daripada dana milik negara Malaysia tersebut.

Sebelum ini, Jho Low berulang kali membuat penafian tentang salah laku dan dakwaan penyelewengan melibatkan AS$4.5 bilion (RM18.5 bilion) daripada 1MDB yang didakwa bermotifkan politik.

“Individu perseorangan dan syarikat hanya bertindak sebagai pencadang atau perantara sepanjang masa itu. Ia bukan situasi yang unik.

“Saya diminta untuk membantu kerana saya mempunyai hubungan yang baik dengan ahli perniagaan asing berpengaruh dan pembuat keputusan,” katanya menerusi wawancara bersama akhbar Singapura, Straits Times yang diterbitkan hari ini seperti dipetik Sinar harian..

Ketika disoal kenapa beliau masih melarikan diri, Jho Low berkata, beliau bersama keluarganya kononnya menjadi mangsa kerajaan Malaysia yang didakwa mengabaikan hak asasi manusia dan proses kehakiman yang adil dengan melabel dirinya sebagai dalang di sebalik skandal menggemparkan itu.

Menurutnya, ‘hubungan profesionalnya’ turut membantu Malaysia membina hubungan kukuh dengan sekutu utama, Arab Saudi seperti menambah kuota jemaah haji dan pelaburan dalam sektor kewangan, hartanah dan lain-lain di rantau Asia Tenggara.

Bagaimanapun Jho Low enggan mendedahkan lokasinya ketika ini dan mengesahkan beliau ditawarkan pelindungan oleh sebuah negara tidak dinamakan pada Ogos 2019.

November lalu, pihak berkuasa AS mencapai persetujuan dengan Jho Low untuk mendapatkan semula AS$1 bilion (RM4.1 bilion) yang dicuri daripada 1MDB termasuk jet peribadi, hartanah mewah di Berverly Hills, New York dan London serta aset lain.

Perjanjian itu tidak termasuk pengakuan bersalah dan tidak terikat dengan perbuatan jenayah melibatkan Jho Low.

Jho Low yang mendakwa menghidapi beberapa penyakit barah memaklumkan dia kini merancang untuk memberi tumpuan terhadap penyelidikan kanser yang canggih.

“Saya akan menghargai peluang untuk menghidupkan semula usaha dermawan saya dan berkhidmat kepada masyarakat serta membantu orang lain dengan apa cara sekali pun,” ujarnya. – Agensi

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production