Jho Low  telah dipanggil SPRM, sedia  bantu siasatan kes 1MDB, lapor media asing

Jho Low telah dipanggil SPRM, sedia bantu siasatan kes 1MDB, lapor media asing

Usahawan Malaysia Low Taek Jho berkata beliau akan membantu dalam penyiasatan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggilnya untuk disoal siasat.

Low atau Jho Low telah mengarahkan peguamnya untuk menghubungi SPRM selepas diberitahu mereka meminta bantuan, kata wakilnya dalam satu kenyataan melalui email kepada media asing Bloomberg seperti dipetik.

Dia telah digambarkan sebagai “saksi utama ” untuk memberi maklumat mengenai jenayah yang didakwa dilakukan beliau  yang dikaitkan dengan 1MDB, kata peguamnya.

Jho Low sebelum ini berkata beliau melakukan kerja-kerja perundingan untuk 1MDB, digambarkan oleh beberapa penyiasat global sebagai tokoh utama di sebalik beberapa skim yang melibatkan dana yang hilang di membabitkan 1MDB. Beliau telah menafikan salah lakunya.

Pendakwa Amerika Syarikat telah mencatatkan Jho Low sebagai ‘bon vivan’ dan tokoh utama yang menubuhkan syarikat shell dan menyusun pemindahan puluhan juta dolar untuk membayar pegawai kerajaan Malaysia, sementara penyiasat Singapura telah memanggilnya sebagai “individu utama yang menarik.”

Bloomberg melapurkan penyiasatan dilakukan oleh Malaysia memberi tumpuan kepada anak syarikat 1MDB iaitu SRC International ketika mereka memperbaharui penyiasatan mereka.
“Low dipanggil berikutan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dengan SRC.

“Penyiasat SPRM juga mencari Nik Faisal Ariff Kamil, bekas pengarah urusan unit itu,” lapor media asing.

Laporan media telah meletakkan Low di beberapa tempat di seluruh dunia termasuk Thailand, Hong Kong dan Australia, sementara tidak jelas di mana Nik Faisal.

Daim Zainuddin, yang dilantik oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu menyelia siasatan 1MDB yang dibuka semula, berkata bahawa kerajaan tahu di mana Low dan memanggilnya untuk kembali.

Malaysia mempunyai bukti yang cukup terhadap jenayah dilakukan, yang mana Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya kepada kakitangan di kementerian hari ini  berkata, beliau mengatakan bahawa kerajaan perlu mengikut lunas undang-undang dalam kes yang mana jelas dan ketara dikalangan mereka  terlibat yang  telah dinamakan, kita patut mengambil tindakan tegas dan cepat, katanya.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS