Jho Low tidak disiasat kerana kerajaan perintah ikut kuasa, kata Rais Yatim

Jho Low tidak disiasat kerana kerajaan perintah ikut kuasa, kata Rais Yatim

Rais Yatim

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, Jho Low, individu yang didakwa banyak pihak mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) masih belum disiasat sehingga kini adalah disebabkan kerajaan mengambil pendekatan perintah ikut kuasa.

Kata beliau, banyak pihak menyamakan “rule of law” (keluhuran undang-undang) dengan “rule by law” (pemerintahan ikut kuasa).

Jelas Rais, sekiranya pihak berkuasa mengikut keluruhan undang-undang (ROL), Jho Low sudah lama disiasat berhubung kes berkenaan.

“Oleh sebab menggunakan prinsip arahan Rule By Law (pemerintahan ikut kuasa) dia tak kena apa-apa,” tulis beliau dalam akaun Twitternya.

Dalam soal ini kata beliau, Perkara 8 Perlembagaan Negara telah dilanggar.

Beliau menyeru kepada pengamal undang-undang serta peguam supaya memberikan pandangan berhubung perkara ini.

7.3
OVERALL SCORE
11 user votes x 8.0
CATEGORIES