Jijik betul guna tangan bernanah! Bekas ‘technician’ dedah kilang buat coklat abai faktor kebersihan

Oleh KIM SYAZIE

Waktu kecil dulu, coklat bola dan syiling emas adalah kegemaran kanak-kanak, hingga sanggup berjalan kaki ke kedai untuk membelinya.

Pastinya ramai tertanya berkenaan faktor kebersihan apatah lagi coklat dibuat dalam kuantiti yang banyak sebelum diedar keseluruh negara.

Satu pendedahan mengejut dibuat oleh bekas juruteknik di sebuah kilang coklat di Melaka melibatkan aspek kebersihan pembuatan coklat tersebut.

Di bawah adalah perkongsian dari tangkap layar yang tersebar di Facebook.

“Aku pernah kerja di kilang coklat di Melaka sebagai juruteknik, nak jadikan cerita, kilang itu membuat coklat duit siling warna emas dan coklat biskut serta macam-macam lagi.

Kalau nak tahu coklat yang ada di kedai bentuk duit siling dan bentuk bola warna-warni tu dibuat di kilang tu tapi di label akan letak pelbagai alamat-alamat kilang.

Padahal dia pembekal utama, aku nak bagitahu janganlah makan dan beli sebab terlalu kotor. Pekerja dia dari Nepal uli guna tangan yang bernanah tanpa menggunakan sarung.

Boleh bayangkan nanah-nanah tu melekat dekat coklat yang dimakan. Semenjak hari itu aku haramkan seleuruh keluarga aku untuk beli coklat duit siling dan coklat bola”.

Namun tidak dapat dipastikan kesahihan cerita ini kerana bekas pekerja tersebut tidak pernah menyertakan sekali bukti atau buat laporan mengenai insiden tersebut.

Baca juga: Terasa dekat dengan cerita ‘Perempuan itu’, wanita kongsi balasan sondol suami orang