Jijik! Dua lelaki letak kepala babi atas meja roti canai sudah ditahan

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum ini mengenai satu video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dua lelaki meletakkan kepala babi.

Dua lelaki itu dengan topi keledar menutupi muka, membuka ikatan plastik dan meletakkan kepala khinzir di satu kedai menjual roti canai.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah kedai roti canai di Bandar Teknologi Kajang, pada 11 Oktober lalu.

Menurut Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kedua-dua lelaki berusia 35 dan 51 tahun itu ditahan pada 15 Oktober lalu.

“Menerusi rakaman itu, terdapat dua individu yang tidak dapat dikenal pasti memakai baju berwarna hitam dan helmet hitam serta merah telah masuk ke dalam kedainya.

“Mereka kemudiannya telah meletakkan daging kepala babi di atas kabinet dan dapur roti canai milik pengadu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga kini Naazron memaklumkan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan dan mendapatkan bukti bagi kes ini.

Rata-rata netizen mengecam tindakan tersebut dan yakin bahawa ada unsur dengki namun ada juga yang berkongsi bahawa kepala khinzir adalah mahal.

“Type C tak akan buat benda ni, mahal tau kepala khinzir. Sayang kalau nak bagi percuma, ini mesti dengki dengan perniagaan orang.

“Biasanya kes mcm ni sebab ada orang dengki, mungkin dia buat perniagaan yang sama.

“Harap lepas ni peniaga tutup bahagian tebar dan kuali, sebab banyak kes kucing atau binatang lain naik, esok tuan kedai datang lap sahaja,” antara komen netizen.

Baca juga: Ibu nekad halang anak tengok TV, tak sangka perangai berubah jadi kuat mengamuk