Seorang bapa berusia awal 40-an tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak lapan tahun lalu sehingga melahirkan dua anak
Menurut maklumat Ketua Polis Daerah Port Dickson, remaja berkenaan yang kini berusia 20 tahun didakwa dirogol sejak dia berusia 12 tahun – dengan semua kejadian berlaku di dalam bilik rumahnya.
Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata, polis menerima laporan daripada mangsa pada jam 11 malam 1 Mei lalu, sebelum tangkapan dibuat terhadap kedua ibu bapa mangsa.
“Mangsa membuat aduan mendakwa menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak dia berusia 12 tahun.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sejak 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson,” katanya dalam kenyataan.
Aidi Sham berkata, mangsa pernah menceritakan kejadian berkenaan kepada ibu namun tidak diendahkan walaupun mangsa sudah melahirkan dua orang anak.
“Bertindak atas aduan mangsa, polis menahan pasangan itu pada 3 Mei lalu,” katanya.
Aidi Sham berkata, semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah narkotik.
Suspek kini ditahan reman lima hari bermula semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 376B kerana sumbang mahram.
Baca juga: Malu dinding putih jadi kuning? Ikuti tips mudah ini