Jijik! Lelaki sanggup buat onar dalam surau, kekasih baru umur 16 tahun

Oleh MAISARAH AISYA

Surau dan masjid adalah tempat untuk beribadah, tapi masih ada manusia menggunakan tempat ini untuk melakukan maksiat.

Sudah menjadi kebiasaan dua tempat ini hanya dikunjungi orang ramai untuk bersolat dan kebanyakan masa ia adalah tempat sunyi.

Mengambil kesempatan atas hal tersebut, seorang lelaki berusia 36 tahun sanggup memmbawa kekasih berumur 16 tahun ke dalam satu surau yang sunyi.

Menurur portal berita Tribunjateng, sepasang kekasih itu dicekup selepas ada orang menangkap mereka melakukan perbuatan tidak senonoh.

Pasangan dengan jarak usia 20 tahun itu dikatakan berasmara di dalam sebuah surau di Pulau Jawa, Indonesia.

Tular rakaman pasangan tersebut ditangkap oleh penduduk tempatan hanya menundukkan kepala ketika duduk di dalam surau.

“Memang betul ada kejadian (melanggar) perbuatan tatasusila di tempat awam,” kata seorang ketua polis tempatan, Subkhan yang mengesahkan kejadian itu.

Subkhan berkata, perbuatan pasangan sejoli itu dikesan oleh seorang lelaki dari Semarang yang hendak mencuci muka.

Dia kemudian melaporkan perkara itu kepada seorang anggota yang menjaga ketenteraman masyarakat di lokasi kejadian.

Di tempat suci juga mahu melakukan maksiat seolah-olah tiada kawasan lain untuk buat hal jijik tersebut.

Baca juga: Hari-hari datang UTC rupanya ada muslihat, pak cik ini jual nombor giliran RM50 setiap satu!