Malaysia Dateline

Jika 1 juta paket minyak masak masuk Siam, agaknya berapa kartel dapat kaut untung?

Bayangkan jika setiap bulan sebanyak 1 juta paket minyak masak masuk negara Siam, agaknya berapa banyak pihak kartel dapat kaut untung.

Dilaporkan bekalan minyak masak subsidi Malaysia dikatakan tidak pernah terputus di Golok, Thailand selain senang didapati terutama di pasar negara berkenaan.

Minyak berkenaan dijual dengan harga sekitar RM6.80 hingga RM7 sepaket, mahal sedikit berbanding sebelum ini RM5.80 hingga RM6.

Netizen melalui Facebook Ben Denial mendedahkan harga minyak di Malaysia RM2.50, harga dijual di Siam RM7 jadi beza harga adalah RM4.50 untuk satu paket minyak bersubsidi.

Jika 1 juta paket minyak masak masuk Siam, agaknya berapa kartel dapat kaut untung?
Subsidi untuk rakyat Malaysia, rakyat Thailand yang dapat

Katanya, untung daripada penyeludupan sebanyak RM2 satu paket, pembekal 50 sen sepaket, manakala komisyen penguatkuasa pula RM1 sepaket dan untung peniaga Siam sebanyak RM1 sepaket.

“Bayangkan jika setiap bulan dapat lepas 1 juta pack masuk Siam. Berapa agaknya pihak kartel ini kaut keuntungan dari duit subsidi rakyat Malaysia,” soal beliau.

Justeru, beliau menyarankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut berjumpa Majlis Agama Islam Selatan Thailand untuk membincangkan perkara ini dan mencadangkan untuk dikeluarkan Fatwa hukum haram memborong, mengedar, menjual dan ‘consume’ minyak masak seludup kepada rakyat Siam.

Penduduk di Golok mendakwa boleh dikatakan hampir setiap rumah di Pekan Golok itu mempunyai bekalan minyak subsidi Malaysia memandangkan harga jauh lebih murah berbanding minyak masak keluaran negara itu.

Bahkan penduduk Thailand mengakui perbuatan mereka menjadi kesalahan apabila minyak ini dibawa masuk kerana ia bukan perkara baharu sebaliknya sudah sekian lama.

Malah minyak paket boleh didapati di pasar pagi dan dijual secara terbuka tanpa larangan di kedai apatah lagi tiada had pembelian seperti di Malaysia.

Baca juga: Potong gaji menteri, gaji seorang boleh beli 3,300 botol minyak masak 5 kg

Baca juga: Keluarga diusir selepas selamatkan bayi yang dibuang anak sendiri