Malaysia Dateline

Jika diberi kepercayaan Chow Kon Yeow sedia pikul jawatan KM untuk penggal kedua

Jika terus diberi kepercayaan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow tidak menolak akan memikul semula jawatan yang disandang hari ini untuk penggal kedua.

Beliau hampir melengkapkan tempoh satu penggal sebagai Ketua Menteri iaitu kurang daripada setahun.

“Begitu cepat saya jadi Ketua Menteri, masuk tahun kelima, kurang setahun lagi perlu adakan PRU (Pilihan Raya Umum) seterusnya.

Jika diberi kepercayaan Chow Kon Yeow sedia pikul jawatan KM untuk penggal kedua
Chow Kon Yeow sampaikan sumbangan RM12,000 kepada Surau Al-Wardah.

“Saya pun tidak pasti akan jadi Ketua Menteri atau tidak, tetapi dengan sokongan dan kepercayaan, saya sedia memikul amanat berkenaan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri The Rise 2 anjuran bersama Badan Gabungan Penduduk (JMB) The Rise 2 dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Wardah dekat Jalan S.P. Chelliah George Town.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng; Pengerusi JMB The Rise 2, Loh Heng Ree dan Pengerusi Surau Al-Wardah, Mohamed Yasin Misowagani.

Pada majlis sama, Kon Yeow turut menyampaikan sumbangan RM12,000 kepada Mohamed Yasin untuk kegunaan Surau Al-Wardah.

Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Tanjong menyatakan bahawa Kerajaan Negeri akan sentiasa bersama-sama penduduk sama ada dalam kesulitan serta juga cabaran mengenai isu berbangkit.

Baca juga: Kos gandum mahal, restoran mamak dijangka naikkan harga roti canai?