Jika ia boleh dikira tajdid, usahakanlah

Jika ia boleh dikira tajdid, usahakanlah

TAJDID agama bukan bermaksud membawa agama baru atau memansuhkan semua ajaran agama sedia ada dan diganti dengan ajaran agama yang baru.

Agama di sini merujuk kepada Islam. Tajdid agama membawa maksud, mengembalikan agama ini khususnya dari sudut ibadat kepada wajahnya yang asal.

Wajah yang asal bermaksud sunnah kekasih kita. Namun begitu, kefahaman terhadap sunnah juga pelbagai kerana para fuqaha’ punya neraca dan jalan
mereka yang tersendiri.

Justeru, keterbukaan untuk menerima kerencaman dalam memahami sunnahdalam bidang qh harus diraikan.Jangan ada mana-mana pihak berasa pihaknya lebih betul berbanding pihak lain selama mana semua pihak berada di atas manhaj dan jalan yang diiktiraf.

Namun begitu ada beberapa amalan yang disandarkan kepada agama yang saya kir harus dinilai semula oleh mereka yang mengamalkannya.

Amalan tersebut tidak memberi wajah yang baik kepada agama bahkan telah menimbulkan suasana kurang selesa kepada orang lain yang juga berpegang
kuat dengan agama.

Jika menghentikan amalan berikut boleh dianggap usaha tajdid kepada agama, jom kita hentikan:
1. Berwirid sangat kuat selepas solat sehingga mengganggu orang lain yang ingin menyempurnakan solat.
2. Mengadakan upacara membaca alQuran di tanah perkuburan selepas pengebumian.
3. Berqasidah di perkuburan wali atau ulama yang disanjung.
4. Berdoa panjang di surau R & R yang sempit sehingga memaksa orang lain menunggu giliran untuk bersolat.
5. Memasang bacaan al-Quran melalui pembesar suara luar masjid atau surau sehingga mengganggu masyarakat sekitar.
6. Bersolat berseorangan diri di surau R & R padahal kita boleh menjadi makmum kepada sesiapa saja yang sedang bersolat.
7. Mengka rkan atau memfasikkan orang Islam yang lain yang tidak selari atau sejalan dengan kita dalam memahami qh dan Islam secara keseluruhan. Dan banyak lagi…!