Malaysia Dateline

Jika Kak Wan masih TPM, Malaysia umpama New Zealand di bawah Arden

Jika Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia nescaya negara kita umpama negara New Zealand di bawah kepimpinan Jacinda Arden.

Ini boleh dilihat bagaimana kesungguhan dan kepimpinan beliau ketika Covid-19 mula melanda negara dahulu, tulis penulis politik Ipohmali.

Pada 27 Januari 2020, hari kedua cuti Tahun Baru Cina, Dr Wan Azizah yang memimpin Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah ke rumah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan isu itu.

“Masa tu belum dinamakan Covid-19, masih belum diisytiharkan sebagai pandemik oleh WHO.. tapi perbincangan hal ini sampai dibawa ke kediaman Tun Mahathir.. Bukan sibuk melawat bekas PM macam Menteri Anuar Musa,” tulis Ipohmali.

Katanya, Dr Wan Azizah bukan lah Menteri Pertahanan! tetapi diberi amanah memimpin MKN dan NADMA..Nadma ini berjaya mengkordinasikan beberapa menteri dan ketua agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Bayangkan, masa tu kes Covid-19 hanya 2 kes sehari.. takda yang duduk ICU, takda kematian..Tapi perbincangan untuk hadapi wabak ini cukup serius.

“Sampaikan hari cuti bekerja, sampaikan urusan rasmi dibawa ke kediaman PM.. Hari ini kes dekat 10 K, Menteri elok melancong..duduk di rumah.

“Orang seperti Dr Wan Azizah ini barulah boleh dibanggakan.. Biarpun hanya memimpin Kementerian Wanita, tetapi berjaya menguruskan Bencana dan wabak dengan Cukup Cemerlang,” katanya.

Bagi beliau, jika inilah gambaran PM yang memimpin negara hari ini…Sudah pasti kita akan sehebat New Zealand dan PM Jacinda Arden.

New Zealand di bawah Arden antara negara terbaik di dunia dalam mengendalikan kes Covid-19  dengan hanya merekodkan 26 kematian akibat wabak itu.

Sudah hampir empat bulan negara ini hampir bebas daripada jangkitan wabak ini.

Bagaimanapun, kempen vaksinasinya agak perlahan jika ingin dibandingkan dengan negara maju yang lain apabila hanya 13 peratus penduduk telah divaksin.

Pada 27 April lalu, walaupun kes bukanlah pada paras sifar, namun kes baru sekitar satu digit untuk beberapa hari dan kekal sehingga ke hari ini.

Ini merupakan satu statistik yang sangat menakjubkan di saat negara-negara lain berhadapan dengan beribu-ribu kes setiap hari.

“Kami berjaya melakukan apa yang tak banyak negara mampu lakukan. Kami menghentikan gelombangan kehancuran,” kata Jacinda Ardern.