Malaysia Dateline

Jika Mujahid beri penjelasan, kalau boleh penumbuk pun nak sumbat dalam telinga

Dalam isu jual aset Tabung Haji (TH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sudah bagi penjelasan panjang lebar semenjak jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri lagi. Bukan sekadar di media sosial, bahkan di Parlimen dan dalam debat dengan bekas Pengerusi TH sendiri.

Tapi biasalah, orang Pas bukan rajin membaca. Mereka hanya rajin dengar. Itu pun dengar ceramah tok guru depa saja. Penjelasan yang boleh mencerahkan prejudis depa, sampai kiamat depa tak akan dengar.

Tambahan pula jika pemberi penjelasan adalah Mujahid. Bukan setakat jari, kalau boleh penumbuk pun depa nak sumbat dalam telinga. Tak mahu dengar. Jadi tak peliklah jika orang besar Pas masih meratib Pakatan Harapan (PH) jual harta TH.

Jika Mujahid beri penjelasan, kalau boleh penumbuk pun nak sumbat dalam telinga
Dr Mujahid Yusof Rawa

Lepas tu, paling syok, depa puji sesama depa. Konon TH selamat kerana orang depa yang jaga TH orang jujur. Perghhh…! Jujurlah sangat. Jujur apa kalau jadi kerajaan pun sekongkol dengan pengkhianat. Tak sedar diri! Tak tahu muka punya malu!

Pas tak payah kelentonglah. TH mula pulih pada zaman PH. Mentega Pas tak dilihat buat apa pun untuk TH. Cuba habaq mai, apa inisiatif Mentega untuk perkasakan TH selain menyambung inisiatif PH? Cuba sebut mai nak dengaq kerja buat Mentega untuk TH?

Kita tak mahulah nak merendahkan kebolehan Mentega Pas, tapi rasanya terma-terma bisnes dan pengurusan korporat TH pun Mentega tidak faham dengan baik.

Tapi biasalah. Pentaksub Pas akan sentiasa nampak pemimpin depa hebat, walaupun sebenarnya hebat tang pakai ketayap saja. Satu lagi, hebat tang ceramah…! Tak gitu?

Pentaksub Pas masih meratib PH jual harta TH akibat tidak rajin membaca sebaliknya hanya rajin mendengar ceramah ‘tok guru’ mereka sahaja.