Malaysia Dateline

Jika PRN Johor tetap diadakan, Mahasiswa desak PH tarik balik MoU

Mahasiswa AMANAH nasional mendesak seluruh Ahli Parlimen Pakatan Harapan menarik semula Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan pihak kerajaan jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tetap dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Mahasiswa AMANAH Nasional Zamirul Nur Hakim berkata, situasi sekarang sangat getir untuk rakyat menghadapi PRN lebih-lebih lagi apabila rakyat mahu mengatur kehidupan selepas bencana banjir dan wabak Covdi-19 yang belum reda.

Katanya, kerajaan hari ini dipimpin oleh Umno yang gila kuasa sepatutnya sedar tentang keseamatan dan keutamaan untuk rakyat buka keutamaan untuk menambah uasa mana-mana parti politik atau sesiapa.

terdahulu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan PRN Johor bakal diadakan dalam masa terdekat.

Hasni yang juga Pengerusi Umno Johor memberi jaminan PRN tidak akan mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri jika dilaksanakan tidak lama lagi.

Kerajaan negeri sebelum ini menyatakan akan meneliti kedudukan semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam membuat pertimbangan sama ada PRN perlu diadakan atau sebaliknya.

Ia susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian, 21 Disember lalu.

Terdapat 56 kerusi di DUN Johor dengan agihan terkininya adalah Umno dan DAP masing-masing 14, Bersatu (11), MIC (dua), Pas (satu), manakala AMANAH (enam) dan PKR (tujuh).

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian Osman.