Malaysia Dateline

‘Jika saya hina dewan, sepatutnya semalam gantung saya bukan hari ini’

Ahli Parlimen Tanjong Karang (BN) Noh Omar berkata jika beliau didapati menghina dewan rakyat sepatutnya Timbalan Speaker Nga Kor Ming telah mengantungnya semalam bukannya hari ini.

Noh juga menegaskan beliau akan tetap masuk  ke dalam dewan  kerana beliau  mendakwa tidak  tidak tahu atas  kesalahan  apa beliau tidak dibenarkan masuk ke dewan selama tiga hari .

“Saya dilarang masuk dewan atas peraturan apa. Takan boleh jatuh hukuman tanpa orang yang dituduh berada dalam dewan. Saya ada hak untuk membela diri saya. Ini parlimen mana buku peraturan. Kita bukan tidak mahu menghormati peraturan.,” ujarnya dalam sidang media diadakan di Parlimen hari ini..

Noh juga mempersoalkan tindakan  Kor Ming  yang tidak sabar-sabar untuk mengantungnya sedangkan beliau tidak ada di dalam dewan pagi tadi.

” Sekiranya saya digantung atas Perkara 44, kerana mengihna dewan sepatutnya saya digantung semalam bukan hari ini.

“Yang keduanya mengapa tak sabar-sabar nak gantung saya.Kalau nak gantung saya tunggulah saya hadir dalam dewan. Ini saya tidak ada dalam dewan.

“Ketiga isu yang saya bangkitkan (taliban) apakah benar yang saya sedia maklum di dalam akhbar, twitter, hari ini pemimpin DAP Sarawak pula memberikan sokongan dengan kenyataan Nga Kor Ming…kalau dia tak bercakap takan pengerusi DAP ini menyokong,” ujarnya

Semalam, Noh  bangkit menyoal Kor Ming berhubung kenyataan ‘Taliban’ itu.

Noh bertanya adakah benar media sosial telah memutarbelitkan kenyataan beliau, jika benar sepatutnya media itu perlu disaman.

Ia seterusnya berlaku ‘pergaduhan’ selama hampir lima minit, Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak dan Noh bertikam lidah berhubung isu tersebut sebelum mikrofon di meja Noh ditutup.

“Tanjong Karang, saya sudah jelaskan minggu lepas tetapi anda tidak ada dalam dewan ketika itu,” kata Kor Ming.

Bagaimanapun Noh sekali lagi menyoal adakah benar beliau menyebut sedemikian berhubung kerjasama antara Pas-Umno itu.

Menjelaskan lanjut mengenai isu sama Noh berkata, sama ada betul atau tidak betul sepert dilaporkan media, sebagai timbalan speaker, Noh berkata Kor Ming  kena berani.

“Betul atau tak betul, jika tak betul kata tak betul dia sebagai timbalan speaker kena berani. Siapa yang hina dewan sekarang? Tuan speker yang hina dewan kerana tidak bercakap benar di dalam dewan.

“Kenapa saya pula yang digantung sepatutnya timbalan speaker kena letak jawatan kerana hina dewan.

“Semua surat khabar dah keluar berapa ramai bercakap pasal taliban cuma saya saja yang bertanya betul ke dia cakap mengapa dia putar belit.

“Ini ada handset yang dibangkitkan Pasir Salak dia tidak jawab pun,” katanya.

Dalam sidang media sama Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa (BN)menjelaskan, Timbalan Speaker telah membuat rujukan yang sama mengenai Perkara 44.

” Merujuk Perkara 44 kepada suatu sidang jika berlaku keingkaran speaker boleh memerintah keluarkan ahli yang berdegil-degil tidak mematuhi, rulling itu boleh dibuat ketika peristiwa itu berlaku.

“Dalam Perkara 44 (1) dan 44 (2) jelas merujuk kuasa speaker sewaktu mempengerusikan sidang.

“Sementara Perkara 44 (4) langsung tidak kena mengena untuk mengantung seorang ahli dewan untuk sesi lain yang dituduh dalam kesalahan dituduh sebelumnya mesti dibuat dalam bentuk satu usul, usul itu perlu dibawa ke dalam dewan. Orang yang nak digantung perlu diberikan peluang untuk membuat penjelasan,” ujarnya.

Annuar yang juga Setiausaha Agung Umno itu kemudian merujuk kepada Ahli Parlimen Gelang Patah (DAP) Lim Kit Siang dalam sesi dewan rakyat lepas, apabila beliau membantah keputusan speaker dan beliau berdegil tidak mahu keluar dewan dan beliau diberi peluang berucap membela diri dan akhirnya speaker tetap membuat keputusan.

“Di mana kuasa speaker yang kendalikan sesi hari ini boleh membuat rulling atas keengganan itu, pada hari ini. Itu u maksud 44 (1) 44 (2) memberi kuasa pada speaker tetapi ia tidak digunakan semalam tetapi diguna hari ini.

“Dalam keadaan Tanjong Karang yang tidak hadi dalam dewan dan tiada penjelasan diberikan dan isu tersebut adalah tindakan peribadi di luar dewan.

“Kami protes mahukan urusan dewan rakyat dibuat secara adil dan mematuhi peraturan bukan sahaja kerajaan tetapi termasuk speaker.

“Seorang Speaker juga tidak boleh semestinya betul sepanjang masa dan speaker juga tertakluk pada peraturan yang sama,” ujarnya.