Malaysia Dateline

Jika tak salah buat apa mohon pengampunan-Najib secara sah mengaku kesalahannya

Sejak 2 September 2022 setelah rasmi menjadi banduan di Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan jenayah melibatkan RM42 juta wang SRC International, Najib memfailkan petisyen pengampunan ke Lembaga Pengampunan.

Tujuan Najib memfailkan petisyen adalah untuk mengelakkan dia hilang status sebagai Ahli Parlimen Pekan kerana Perlembagaan Persekutuan mensyaratkan sedemikian.

Maka Najib secara rasminya memfailkan petisyen rayuan dan diumumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat bahawa Najib kekal Ahli Parlimen Pekan sehingga petisyen pengampunan diputuskan. Sama ada Najib diampun atau sebaliknya, sama-sama tunggu.

Apa yang perlu disedari oleh penyokong Najib ialah apabila Najib failkan petisyen pengampunan, secara sah Najib mengakui kesalahannya.

Jika tidak salah, untuk apa dimohon pengampunan. Mana ada dalam dunia ni orang minta maaf atau minta ampun tapi tak buat salah.

Sekali lagi nak ulang, apabila Najib mohon pengampunan, Najib telah mengaku salah sepenuhnya dan mengiktiraf keputusan Mahkamah.

Dengan petisyen pengampunan ini juga, sewajarnya permohonan Najib untuk membuat semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan adalah tidak munasabah dan janggal.

Di sana minta ampun, di sini mohon disemak. Mana satu yang Najib nak? Ini semua auta si Najib yang semua kita tahu sejak sekian lama hinggalah Mahkamah Persekutuan putuskan. Auta Najib mengalahkan Abang Jamil dalam filem Madu Tiga.

Nak semak ke nak ampun?

Bila sudah difailkan petisyen pengampunan, Lembaga Pengampunan boleh pertimbangkan apabila bersidang tetapi mestilah mengikut aturan. Najib baru beberapa minggu dalam penjara bukannya seperti banduan lain yang sudah bertahun menjalani hukuman.

Banduan lain ada yang sudah beberapa kali mohon pengampunan tapi belum diampunkan. Ikut giliranlah.
Jika ikut giliran pun, adakah wajar diampunkan.

Najib ini penjenayah terhadap negara. Seluruh dunia tahu. Semasa Najib masih Perdana Menteri pun Jabatan Keadilan Amerika telah failkan tindakan berkaitan 1MDB yang menjadi lubuk jenayah Najib. Ketika itu seluruh dunia senyum sinis kepada Malaysia.

Apabila dijatuhkan hukuman, seluruh dunia ketawakan Najib dan Malaysia.

Agak-agak jika Najib diampunkan, dunia nak gelak atau nak sambut gembira? Gelak pada Malaysia boleh tahan lagi sebab Malaysia bukan orang, tapi dunia akan gelak pada orang yang ampunkan Najib. Tak rasa malu ka? Penjenayah macam tu pun boleh ampun ka?

Kalau aku, aku malu. Tapi tak tahu la orang lain.

Baca juga: PH perlu raikan demokrasi, dengar dan teliti pandangan akar umbi termasuk Muda

Baca juga: Nama digugurkan daripada drama swasta, ibu bimbang kerjaya Puteri Balqis terjejas