Jika yakin menang selesa, beri ruang pembangkang di media sebagaimana BN

Jika yakin menang selesa, beri ruang pembangkang di media sebagaimana BN

Naib Presiden AMANAH, Datuk Haji Mahfuz Omar berkata, Pakatan Harapan (PH) perlu diberi ruang seluasnya di media eletronik dan media cetak sebagaimana yang dilakukan Barisan Nasional (BN).

Gesaan itu dibuat oleh beliau berikutan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa BN akan menang selesa dalam pilihan raya akan datang berdasarkan kajian Oxford Economics.

Kata Mahfuz, rakyat sedia maklum bahawa PH hanya berkempen dengan jentera parti bukan jentera kerajaan, tidak meluluskan projek segera bersifat kecil atau mega di saat setiap kali menjelang musim pilihanraya.

“Sepatutnya Setiausaha Agung BN berasa malu dengan tindakan pemimpin tetinggi BN yang terus menzalimi pembangkang dan menyekat arus kebangkitan rakyat.

“Jika dalam keadaan mood selesa BN tidak berani bersikap gentleman dalam pilihan raya, bagaimana jika dapatan menunjukkan BN kalah teruk dan tiada peluang langsung untuk menang?” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam kenyataannya semalam.

Ujarnya, mungkin keadaan lebih teruk berlaku dengan pelbagai kemungkinan lebih dahsyat yang boleh digambarkan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini nanti.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote