Kalau pergi ke kedai makan atau restoran, biasanya makanan barat mesti harga RM10 dan ke atas.
Mungkin sebab bahan lebih mahal atau kerana kesukaran untuk membuatnya tapi selagi boleh jimat baik buat sahaja di rumah.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook Wan Erni Suria mengenai cara untuk buat Baked Mac & Cheese.
Tip buat Baked Mac & Cheese guna 3 langkah
Langkah pertama:
Rebus makaroni dan tambah sesudu minyak masak supaya tak melekat-lekat.
Langkah kedua:
- Dalam kuali, panaskan dua sudu minyak masak, tumis bawang putih cincang, tambah protein (isi ayam ke, sosej ke, seafood ke ikutlah).
- Masukkan satu tin sos mac & cheese. Masukkan sayur seperti lobak merah dan tomato ceri serta sedikit air.
- Sesuaikan rasa. Boleh tambah sedikit garam dan black pepper. Kalau ada oregano atau parsley lagi sedap.
- Kemudian, masukkan semula makaroni tadi dan acau sekata.
Langkah tiga:
- Dah masak, masukkan dalam bekas untuk bakar. Air Fryer ni kecik, jadi bekas pun kecil. Maka ikut kesesuaian saiz Air Fryer.
- Sapu sedikit mentega dalam bekas, masukkan mac & cheese tadi, taburkan keju parut.
- Kalau tak ada parmesan atau mozarella boleh guna cheese keping tu carik-carikkan.
- Bakar 5 minit dan siap!
Baca juga: Nak hasilkan buah manis? Rupanya kena campur dua bahan ini dalam air baja!