“Jimat, sedap, mudah!” – Ini resipi sos bolognese, boleh buat 3 jenis masakan lagi

Oleh MAISARAH AISYA

Mesti ramai rasa susah nak masak sos bolognese jika tak beli yang sudah siap di pasaran, rupanya ada cara mudah nak buat.

Malah bila buat di rumah, ia rasa lebih sedap dan boleh buat ikut kesusaian kuantiti dan kadar gula dan garam juga boleh dikawal.

Resipi milik Nor Ain Nordin ini dikongsi semula oleh adiknya Noratiqah Nordin di Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Resipi sos bolognese tanpa Prego.

No photo description available.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 biji tomato
  • 1 biji bawang merah
  • lobak
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar setiap Italy herb (oregano, parsley, basil)
  • Daging burger atau daging cincang
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Nota kecil: Kalau nak berkuah, boleh letak air.

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga masak.
  2. Masukkan sos tomato, sos tiram, sos cili dan gaul sebati.
  3. Seterusnya, masukkan pula tomato yang sudah dipotong dadu.
  4. Masukkan juga lobak merah yang dipotong dadu.
  5. Kemudian, masukkan daging dan gaul rata.
  6. Apabila daging sudah masak, taburkan italy herb (wajib letak).
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Siap, selamat mencuba!

Sos ini boleh dimakan bersama pasta, base untuk pizza dan makan bersama chip, pastinya anak-anak atau diri sendiri akan menikmatinya.

Baca juga: Boleh makan sampai malam! Ini resipi nasi tomato, boleh kongsi dengan 12 orang