Malaysia Dateline

Jin Wei ketuai pemain Malaysia ke pusingan ketiga Remaja Dunia

Juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei mengetuai cabaran pemain negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2018 di Markham, Kanada pada Selasa (Rabu waktu Malaysia).

Pemain pilihan ketiga, Jin Wei hanya mengambil masa 19 minit untuk menewaskan Sania Lima dari Brazil; 21-8 dan 21-6 pada pusingan kedua acara perseorangan wanita, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.com.

Pemain muda meningkat naik, Aidil Sholeh Ali Sadikin turut meloloskan diri ke pusingan ketiga acara perseorangan lelaki apabila menumpaskan pemain Scotland, Adam Pringle 21-6 dan 21-7 dalam masa 17 minit permainan.

Rakan sepasukannya, Ng Tze Yong turut menempah tempat ke pusingan seterusnya setelah mengetepikan cabaran Jonas Osthassel dari Denmark;  21-10 dan 21-7 dalam satu lagi aksi pusingan kedua.

Untuk rekod, Malaysia menamatkan cabaran di kedudukan kelima acara berpasukan campuran yang lebih dikenali dengan kejohanan Piala Suhandinata berlangsung lebih awal di venue sama.

Keputusan Pusingan Kedua:

Perseorangan Lelaki:

Aidil Sholeh Ali Sadikin mn Adam Pringle (SCO) 21-6, 21-7

Ng Tze Yong mn Jonas Osthassel (DEN) 21-10, 21-7

Beregu Lelaki:

Chia Wei Jie-Choong Hon Jian mn [7] Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin (INA) 21-15, 21-19

Chua Yue Chern-Lwi Sheng Hao mn Apichasit Teerawiwat-Kunlavut Vitidsarn (THA) 21-14, 21-13

Perseorangan Wanita:

[3] Goh Jin Wei mn Sania Lima (BRA) 21-8, 21-6

Eoon Qi Xuan mn Juliana Viana Vieira (BRA) 21-16, 21-11

Beregu Wanita:

[3] Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei mn Jaqueline Lima-Sania Lima (BRA) 21-12, 21-13

(Nota: Kesemua pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan [  ] menandakan pemain pilihan)

— BERNAMA