Jin Wei melangkah ke separuh akhir Badminton Remaja Dunia

Jin Wei melangkah ke separuh akhir Badminton Remaja Dunia

Juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei, meneruskan kecemerlangannya untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2018 di Markham, Kanada pada Jumaat (Sabtu di Malaysia)

Pemain pilihan ketiga kejohanan, Jin Wei yang dalam misi untuk merangkul gelaran juara remaja dunia untuk kali kedua selepas 2015, hanya mengambil masa 24 minit mengalahkan So Yul Lee dari Korea Selatan 21-11 dan 21-5 pada suku akhir acara perseorangan wanita yang diadakan di Markham Pan Am Center, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.com.

Bagaimanapun seorang lagi pemain negara, Eun Qi Xuan, gagal meneruskan cabaran selepas tewas kepada Line Christophersen dari Denmark 21-23 dan 21-23.

Dalam acara beregu wanita, pilihan ketiga, Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei turut menempah ke separuh akhir selepas menewaskan Shiena Fukumoto-Natsu Saito dari Jepun, 21-12 dan 21-10.

Bagaimanapun cabaran Malaysia dalam perseorangan lelaki dan beregu campuran, tamat selepas ditewaskan lawan masing-masing.

Keputusan suku akhir:

Perseorangan Lelaki:

[4] Lakshya Sen (IND) mn Aidil Sholeh Ali Sadikin 21-8, 21-18

Kodai Naraoka (JPN) mn Ng Tze Yong 21-19, 21-8

Perseorangan Wanita:

[3] Goh Jin Wei mn So Yul Lee (KOR) 21-11, 21-5

[13] Line Christophersen (DEN) mn Eoon Qi Xuan 23-21, 23-21

Beregu Wanita:

[3] Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei mn Shiena Fukumoto-Natsu Saito (JPN) 21-12, 21-10

Beregu Campuran:

[2] Rehan Naufal Kusharjanto-Siti Fadia Silva Ramadhanti (INA) mn Choong Hon Jian-Pearly Tan Koong Le 21-10, 21-17

Leo Rolly Carnando-Indah Cahya Sari Jamil (INA) mn Chia Wei Jie-Toh Ee Wei 21-12, 21-17

(Nota: Kesemua pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan [ ] menandakan pemain pilihan)

— BERNAMA