Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Jin Wei tidak sertai Master Malaysia
Goh Jin Wei.- Foto AFP

Jin Wei tidak sertai Master Malaysia

BernamaJanuary 6, 2020 8:10 am




Juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei tidak akan menyertai Kejohanan Master Malaysia 2020.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan menyesahkan Jin Wei tidak akan mengambil bahagian dalam kejohanan yang menampilkan pemain terbaik dunia di Axiata Arena, Selasa hingga Ahad ini.

“Pihak kejurulatihan percaya pemain berumur 19 tahun itu memerlukan lebih banyak masa untuk kembali cergas sebelum kembali beraksi,” kata BAM.

Pemain dari Pulau Pinang itu sebelum ini mendapat lampu hijau daripada doktornya untuk kembali ke gelanggang bagi memastikan impiannya ke Olimpik tercapai, selepas menjalani pembedahan membuang sebahagian ususnya berikutan sakit dalam perut.

Jin Wei yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Remaja 2018, telah menunjukkan prestasi luar biasa pada Master Malaysia 2019 selepas mengetepikan pemain Jepun, Akane Yamaguchi dan He Bingjiao dari China untuk layak ke separuh akhir, tetapi tewas kepada pemain Thailad Ratchanok Inthanon.

Jin Wei yang pernah berada pada kedudukan 30 pemain terbaik dunia untuk musim 2019 kini jatuh pada kedudukan 53, manakala bagi kedudukan ‘Road to Tokyo’ (kelayakan Olimpik), beliau berada pada tangga 181. Hanya 34 pemain akan ke Tokyo.– BERNAMA

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production