Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Jingga13 kecewa jika PPSMI terus dilaksanakan

Jingga13 kecewa jika PPSMI terus dilaksanakan

AKMAL MANAFFebruary 11, 2020 8:11 pm




Pertubuhan Jingga13 Malaysia menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai sesuatu yang mengecewakan.

Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia, Fariz Musa berkata, pelantikan Perdana Menteri sebagai pemangku jawatan Menteri Pendidikan juga adalah bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan.

“Apa jua cadangan dan alasan yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir wajar ditolak mentah-mentah oleh seluruh rakyat Malaysia terhadap pelaksanaan PPSMI tersebut.

“Ini membuktikan sudah tiba masanya Tun Dr Mahathir menyerahkan tampuk kerajaan kepada individu yang sewajarnya agar dapat memfokuskan kepada idea yang lebih bernas , segar dan bermakna bagi membangunkan negara serta meningkatkan pendidikan anak bangsa.

“Hentikan dengan istilah bahawa ‘tukar menteri tukar polisi’ yang akhirnya anak-anak menjadi mangsa kepada eksperimen dan kaedah baru yang diperkenalkan,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Fariz yang mewakili Jingga13 merayu kepada kabinet yang bakal bermesyuarat dan membincangkan cadangan tersebut supaya mengambil keputusan menolak cadangan pelaksanaan PPSMI yang dicadangkan oleh Pemangku Menteri Pelajaran itu.

“Tindakan Tun Dr Mahathir selaku Pemangku Menteri Pendidikan untuk melaksanakan PPSMI semula merupakan satu tindakan benar-benar menghina rakyat yang bangkit menentang pelaksanaan tersebut sebelum ini.

“Ia termasuklah parti politik (Parti Keadilan Rakyat, DAP dan lain-lain), ibu bapa, para cendekiawan, gerakan pelajar dan mahasiswa yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan tersebut.

“Selain itu, kajian bebas antarabangsa turut membuktikan tahap pencapaian negara merosot dengan teruk di kalangan 59 negara serta memberikan kesan negatif kepada pelajar di luar bandar,” katanya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Mohon sidang parlimen khas bukan derhaka titah Agong

Lebih 60 negara dimasuki virus baharu Covid-19 dari UK

Lawan Covid-19 dengan kredibiliti

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production