“Jiran aku ni kena tangkap basah, tapi mak dia pula melebih nak maki hamun jiran macam anak dia tak bersalah”

Oleh MAISARAH AISYA

Ibu mana yang tak cuba mempertahan anak walaupun sedar kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Sudahlah bersalah, orang lain pula dimaki konon pertahan anak menganggap orang luar hanya tahu masuk campur.

Seorang wanita berkongsi kisah jirannya yang sudah berkali tertangkap kerana gaya hidup bebasnya.

Di bawah adalah kisah yang dimuat naik dalam portal luahan perasaan atas talian.

Aku berusia penghujung 20-an. Aku menetap di utara. Aku ada jiran anak beranak. Mereka tinggal berdua sahaja.

Cerita bermula bila, jiran-jiran dapat tangkap jiran aku ni bawa masuk lelaki dalam rumah pada bulan puasa yang lepas. Masa tangkapan dilakukan mak dia ada sekali dalam rumah.

Lupa aku nak bagitahu mak jiran aku ni lumpuh separuh badan tapi boleh berjalan dengan memapah pada dinding. Mak dia yang keluar buka pintu pada malam tersebut.

Mak dia keluar marah-marah dengan kata-kata kesat serta menghina beberapa orang yang tangkap jiran aku.

Pada malam itu suami aku pun jadi salah seorang yang pergi tangkap mereka.

Keesokan harinya mak jiran aku ni mula dok menjaja cerita pada orang lain yang lalu depan rumahnya yang kami ni jahat dan suka ambil tahu tepi kain dia.

Ye lah sebab kami jiran sebelah dia je dan kami juga tahu kisah silam anaknya.

Kisah silam jiran aku ni kami tahu sebab sebelum dengan lelaki yang kena tangkap ni, jiran aku ni penah bersekedudukan dengan kawan suami aku.

Kawan suami dengan jiran aku ni pernah duduk sekali macam suami isteri tanpa jiran-jiran dapat tahu yang mereka bukan suami isteri.

Pada masa tu mak si jiran tak duduk sekali dengan mereka. Dan kami pun balik berkursus di selatan tanah air.

Kami dapat tahu yang kawan suami tak jadi nak pergi temu duga untuk berkahwin dengan jiran aku.

Jadi satu tempat kerja dah heboh yang kawan suami aku tak jadi kahwin dan dia juga minta ditukarkan dengan segera ke negeri lain.

Kwan suami tak dedahkan secara terperinci kenapa dia berbuat demikian.

Kami balik daripada kursus dan si kawan suami pun minta tolong suami aku untuk ambilkan barang dia yang tertinggal di rumah jiran aku tu.

Tapi si jiran aku ni nak suruh kawan suami datang sendiri untuk ambil barang dia. Jiran siap bercerita mengenai hubungan dia dan kawan suami.

Kata jiran aku, kawan suami sudah ada orang lain dan dia bagi alasan jiran aku banyak hutang untuk batalkan niat nak kahwin.

Kebetulan masa tu aku mengandung dan jiran pun bercerita la yang dia pernah czer. Anda rasa? Aku dengar pun aku kelu dan tak balas apa apa pun daripada perbualan kami.

Dipendekkan cerita, kawan suami tu selamat berkahwin dengan wanita lain. Dan jiran mula membawa ibu dia tinggal bersamanya.

Mula-mula mereka anak beranak pl sahaja dengan kami tapi selepas kejadian tangkapan tu mak dia mula lakukan provokasi dengan jiran jiran.

Setiap hari ada sahaja provokasi yang dilakukan si mak dengan menghembas pintu ketika jiran-jiran duduk bersembang petang dan ketuk penyapu dengan kuat setiap jam.

Kami jiran-jiran memang akrab ye. Cuma dia anak beranak je kami satu lorong pulaukan. Bukan sebab kes anaknya tapi lebih kebiadapan ibunya.

Baru-baru ni jiran aku bertunang dengan lelaki yang ditangkap bersama dia. Tapi dia buat majlis tunang dalam garaj rumahnya tak maklum jiran.

Tetamu yang bertandang ramai sampi duduk di kawasan depan rumah aku dan depan rumah jiran. Sampai kami nak keluar kereta pun jadi serba salah.

Serba salah pula aku tapi biarlah dah selamat bertunang.

Baca juga: “Aku sampai tak kahwin sebab tiada ‘saving’, penat tanggung kakak dan suami biawak hidup dia”