Malaysia Dateline

JK Tamat darurat akan lancar pertandingan cipta lagu pula

Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong esok, Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Penamatan Proklamasi Darurat, Khalid Samad akan melancarkan Pertandingan Mencipta Lagu tamatkan darurat jam 11 pagi hari ini.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh jawatankuasa itu, orang ramai khasnya media boleh mengikuti siaran FB Live ini melalui beberapa akaun Facebook termasuk Nextstep Malaysia, Malaysiadateline.com dan beberapa laman FB yang lain.

Pertandingan itu diadakan bagi merancakkan lagi kempen agar darurat ditamatkan.

Sebelum ini, jawatankuasa itu telah menghantar surat kepada Yang Dipertuan Agong bagi memohon perkenan baginda untuk mempersembahkan petition yang telah dikumpulkan oleh mereka.

Istana Negara pula dalam satu suratnya kepada Khalid mengesahkan Yang Dipertuan Agong bersetuju untuk bertemu dengan wakil-wakil mereka bagi menerima petition itu.

Namun sehingga kini, Istana Negara belum memaklumkan bilakah tarikh majlis menghadap itu akan diadakan.