Malaysia Dateline

JKJAV: 42.4 peratus rakyat Malaysia lengkap dua dos vaksin

Sebanyak 42.4 peratus populasi rakyat di Malaysia sudah menerima lengkap dua dos vaksin, menurut data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Manakala seramai 18,792,979 atau 57 peratus populasi rakyat Malaysia sudah menerima dos pertama setakat semalam.

Infografik yang dikongsi JKJAV juga menunjukkan kumulatif pemberian vaksin dos 1 dan dos 2 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 32,635,907 dos.

Sementara itu, sehingga 59.1 peratus populasi dewasa Malaysia sudah menerima dos kedua vaksin yang bersamaan dengan 13,842,928 individu.

Manakala 18,792,979 individu atau 80.3 peratus sudah memperoleh dos pertama.

Jumlah pemberian dos vaksin harian juga meningkat kepada 423,380 dos berbanding 420,164 dos pada Isnin.